Monday, January 7, 2013

Lamanya cuti




Hi bloggers semua! Assalamualaikum.... 
Lama dah tak update belog kita ni.. 
Hari tu ada update, tapi in English
sebab kawan-kawan kita kat sana pesan,
Don't forget to use English when you get back in your country.
Jadi, guna la English sikit. 
Lagipun, entry yang lepas memang gambar-gambar depa pon. 
Biaq pi la. 
*eh, sejak bila aku beranak Kedah? Haha*
Mood nak berbelog datang balik sejak cuti ni.
Duduk rumah sorang-sorang memang lah bosan.
Lagi-lagi parents aku kat Aloq Staq tu haa...
Abah aku kerja sana dah. Naik pangkat.
So, mama aku pon ikut lah. Kesian abah sorang tu.
tinggai la aku ngn adik aku ni.
Parents aku ade ajak dok Kedah tapi aku tak nak.
Dok Aloq Staq lagi lah BOSAN. kawan tak ade. haha

Hari-hari, kerja aku; mengemas, basuh n sidai baju, dan memasak.
Dah macam surirumah tak bertauliah. *suri rumah pon nak tauliah ke?*
eh, MESTIIII. :P

Kerja part time?
Hmmm. Kalau nak kerja kat hometown aku ni tak payah la.
Kerja ape la sangat. Dah macam-macam kerja pernah aku buat.
Dari jual tudung sampai mengajar tuisyen.
Gaji semua ciput je. 
Buat letih badan je. Nak gaji part time yg mencecah 1K. 
JANGAN HARAP.
Mana ada sini. pergi la epoh atau keyel sana.
Mama aku cakap, 
"Tak pe. duduk je rumah, jaga adik.
Nak duit nanti, mama bagi."
Mama bagi? Hmm. 
Aku bukan cerita pasal duit, aku cerita aktiviti best yg aku nak buat time cuti.

Duit pon aku nak jgk la. Tipu kalau tak nak.
Aku pon muke tebai 10 inci *nampok beno nipunye* kalau nak mintak duit kat mama aku.
Aku tak suka nak mintak duit untuk enjoy suka-suka kat parents, MELAINKAN aku memang terdesak nak pakai duit. 
Sebab aku tahu, parents aku pon susah nak cari duit. 
*aku penah kerja part time kan. aku tahu la*

So, conclusion nya, aku masih tercari-cari apakah aktiviti yg menarik yang terbest yang patut aku buat cuti-cuti Malaysia ni.
Kawan-kawan ade cadangan bagitau la. Okay, setakat ini sahaja entry kali ni. Tengkiyu sebab dengar aku membebel. Hehe.
Bubye
As Salam~




1 comment:

undasabourin said...

Casino Tycoon by ZoomCity - Mapyro
Find the 김포 출장샵 best Casino 여주 출장샵 Tycoon on Mapyro, the United States. Use your mouse to spin, swipe, and 창원 출장샵 pick 구리 출장마사지 the best slot machines on Mapyro. 경기도 출장샵